Friday, February 11, 2011

ASSIGNMENT 3

Book Cover


Penggunaan Warna
Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam menghasilkan kulit buku
Penggunaan warna yang tidak sesuai akan mengakibatkan kulit buku menjadi kurang menarik
Penggunaan warna yang terang akan menarik pembaca untuk melihat lebih terperinci isi kandungannya
Kulit buku ini menggunakan warna biru lembut, kuning lembut sebagai latar belakang. Warna yang terang akan menarik minat individu untuk melihat isi kandungannya
Penggunaan grafik gambar kanak-kanak yang ceria menunjukkan keadaan yang sihat dari segi pernafasan dan sistem tubuh badan. Penggunaan grafik pokok sebagai penyumbang utama pada oksigen untuk tubuh badan kita. Grafik jantung digunakan sebagai penerangan kepada isi kandungan buku tersebut. Secara logiknya apabila pembaca melihat kulit buku ini maka sudah dapat disimpulkan isi kandungan buku tersebut.

Tulisan pula berwarna putih dan bergarisan merah supaya lebih jelas. Ini secara tidak langsung dapat menghaslkan contrast warna dengan latar belakang supaya tulisan akan nampak timbul atau subjek utama..
Tulisan
Tulisn jenis bersaiz besar  digunakan supaya kelihatan jelas dan disasarkan kepada semua golongan pembaca dan diutamakan untuk orang dewasa.
Grafik
Menggunakan kanak-kanak, pokok diagram jantung supaya dapat menerangkan serba sedikit kepada pembaca mengenai isi kandungan buku itu. Apabila pembaca melihat kulit buku tersebut maka sudah tentu pembaca tahu isinya berkaitan sistem pernafasan manusia.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian sebelum membuat design kulit buku adalah seperti berikut:

1.      Buku itu buku apa?
2.      Apa isi utama buku itu?
3.      Siapakah sasaran pembeli buku itu?
4.      Siapakah sasaran pembaca buku itu?
5.      Jantina lelaki atau perempuan.
6.      Bagaimana buku itu akan dipasarkan?
7.      Berapa tebal buku itu?
8.      Berapa saiznya?
9.      Bila buku itu mesti dihantar ke percetakan?

Ciri-ciri mencipta design kulit buku

1.   Kulit itu mesti dapat menjual buku itu. Banyak buku yang baik isinya tidak laku dijual kerana kulit buku itu tersalah konsep. Penerbit terus menyuruh artis mencipta design kulit buku tanpa memberikan taklimat tentang latar belakang yang penting berkenaan bagaimana buku itu akan dipasarkan.
2.   Fungsi design kulit buku adalah MENJUAL buku itu, bukan menerangkan isi buku.

No comments:

Post a Comment