Monday, January 17, 2011

CASE STUDY WEEK 2

Nak beli kamera DSLR? Di sini kumpulan kami akan memberikan sedikit panduan membeli kamera DSLR kepada Siti Noor.
1.    BAJET

Bajet merupakan perkara yang paling penting semasa membuat penilaian untuk membeli kamera DSLR. Tengok dulu bajet ada berapa ribu. Kalau boleh jangan membeli kamera ikut limit bajet. Contohnye kalau bajet ada RM4000 janganlah membeli kamera yang harganya RM4000 kecuali anda seorang pengumpul koleksi kamera. Kalau boleh membeli kamera yang harga RM3000 lebih. Duit yang lebih boleh digunakan untuk membeli lens yang affordable tapi berkualiti. Sebagi contoh Nikon belilah lens Nikkor 50mm f/1.8D harga RM420, yang paling murah untuk professional spec.dan kalau Canon pula belilah lens 50mm f/1.8 harga dalam RM 380.00. Lens-lens ini murah sebab production senang, bukannye murah sebab tiada kualiti. Lens ini kalau nak produce straight forward sahaja tak perlu guna calculation yang pelik-pelik.

2.    TUJUAN

Subjek ni sangat subjektif. Cuba tanya diri kita apa tujuan kita beli DSLR ini? Ada orang untuk saja-saja, ikut kawan, sebab ramai orang dah pakai, jadi kita kene pakai jugak. Untuk majlis kahwin? Untuk hobi? Sebab minat fotografi? Sebab sekarang lebih berpatutan beli entry level DSLR berbanding prosumer compact camera? Sebab nak berlagak atau fotografi? Sebab baru nak belajar? Biasanya kalau untuk wedding (mostly wedding la), sometimes sport as second camera, landscape, hobi dan remaja yang berkemampuan akan guna yang mid level, iaitu yang harga kamera antara RM4000 – RM7000, sebab yang ni reliable, speed laju, performance lebih elok, lebih tahan lasak, compatible dengan banyak aksesori dan bermacam lagi. Kamera dalam siri ni contohnya ialah Nikon D90, D200, D300, D700 n Canon EOS 40D, EOS 50D, dan kadang-kala EOS 5D n EOS 5D Mark II.

Untuk yang kurang berkemampuan, yang baru belajar, yang nak replace compact camera akan guna DSLR yang entry level macam Nikon D40, D60, D5000 n Canon EOS 1000D, EOS 400D, EOS 450D, EOS 500D, biasanya kamera ni harga antara RM1600 ke RM3500.

Kalau untuk cover sport, journalist, wartawan, orang yang ada studio high dan berkemampuan  akan guna kamera yang top level contohnye cam Nikon D2x, D3, D3x n Canon EOS 1D, EOS 1Ds Mark II n Mark III, EOS 1D Mark D Mark II n Mark III n sometimes EOS 5D Mark II, kamera-kamera kategori ni harga antara RM9000 – RM29999 (body only, tidak termasuk lens). Kamera ni memang advance dan banyak kelebihan berbanding kamera lain dalam kategori DSLR.

Antara kelebihan- kelebihan yang ada ialah high performance ISO, high speed, durability (weather proof- stakat ambik gambar dalam hujan, salji , body magnesium alloy n sealed dengan gasket, function yang sangat banyak, compatible dengan sume aksesori, support fuction yang studio perlukan cam flash sync 230v port, no crop factor, bateri tahan sangat lama,viewfinder yang cover 100% dan sangat terang, bunyi shutter yang slow, grip yang kemas dan confortable dan macam-macam lagi. Jadi dalam case ini Siti Noor hendak membeli untuk course yang akan di ambil iaitu photography. Saya rasa Siti Noor beli yang sedang aja iaitu untuk entry level atau mid level sahaja.

3.    SAIZ GAMBAR ATAU MEGAPIXEL (MP)

 Sekarang ni dalam tahun 2011 semua kamera baru ada sekurang-krangnya 12MP dan ke atas. Sebenarnya saiz piksel tidak pentingpun sebab beza saiz adalah terlalu sedikit. Contohnya gambar 6MP (3008 x 2000) dan 8MP (3264 x 2448) bezanya bukan ketarapun iaitu perbezaan sebanyak 256 horizontal pixel n 448 vertical pixel. Jadi kalau didarabkan 256 dan 448 dapatlah 0.11468 Megapixel. Sebenarnye tidak ada bezapun tapi yang kita nampak besar sebab semua itu adalah luas gambar yang sudah didarabkan,

Satu lagi untuk DSLR bawah RM8000 iaitu kamera yang tidak guna frame sensor yang penuh dimana saiz sensor untuk  kamera di bawah price range ni adalah lebih kecik, kamera yang ada bilangan megapixel yang rendah adalah lebih baik dari segi ISO n ketajaman gambar pada aperture kecik. Cuba bayangkan sensor terdiri dari microlens yang kecil-kecil iaitu setiap satu bersamaan dengan 1 pixel. Tugas microlens ini untuk collect cahaya untuk di convert kepadanan arus elektrik untuk diporses jadi gambar. So cuba imagine kalau dalam saiz sensor yang sama iaitu ukuran 22.8mm x 15.7mm apa perbezaan antara yang ada 6MP n 8MP? Bezanya ialah saiz microlens dalam sensor 8MP lebih kecil berbanding sensor 6MP sebab untuk meletakkan bilangan microlens yang lebih banyak dalam sensor yang berkeluasan sama kenalah kecilkan microlens, baru boleh muat dengan banyak. Tapi keburukkannya adalah apabila microlens kecll, bilangan cahaya yang dicollect adalah sedikit,
4. NIKON ATAU CANON?

Canon:
1.    Colour memang super vivid, memang full of life la, sangat sesuai untuk landscape.
2.    Available kat sume kedai gambar yang ada jual kamera DSLR.
3.    Ramai orang guna Canon terutama untuk landscape, student pun ramai guna Canon sebab senang nak share idea dan aksesori. Penggunaan yang ramai di kalangan pelajar.
4.    Terkenal dengan white body lens iaitu lens telefoto atau zoom telefoto yang berjalur merah di barrel depan (sebenarnye tak ada mane pun, kualiti same je dengan lens yang setara dalam siri Nikon, Cuma sebab ramai orang guna so orang akan ingat lens Canon lebih baik padahal same je.)
5.    Banyak megazine fotografi yang guna gambar sample dari kamera Canon.
6.    Lens Canon murah sedikit dari Nikon.
7.    Canon lebih cepat keluarkan kamera model baru berbanding Nikon.
Nikon :
1.    Optik lens memang boleh dikata tip top kecuali beberapa jenis lens, kalau Canon peratus yang kurang sharp banyak jugak.
2.    Lens fokus lambat sedikit untuk siri murah tetapi lebih tepat dari Canon walaupun yang Canon laju, sebab Canon kadang kala terbabas.
3.    Kamera dan lens feel more tough dan solid walaupun yang siri murah, sbb bile banding dengan Canon rase macam plastik murah bile kamera yang siri murah.
4.    ISO performance memang tinggi berbanding Canon, gambar nampak tajam lagi berbanding Canon sebab Canon apply banyak noise reduction utk kurangkan noise dalam gambar.
5.    Ramai wartawan dan sport photographer prefer high end Nikon camera berbanding high end Canon sebab ergonomik feature dari kamera Nikon, grip sume sudah design dengan tepat untuk elak keletihan bila handling kamera dalam masa yang lama.
6.    Metering dan white balance super accurate : Ini yang paling suka pasal Nikon sebab gambar memang properly exposed dan white balance memang tepat, korang boleh leave white balance setting ke Auto all the time, boleh dipercayai.
7.    Flash exposure yang super tepat.disebabkan Nikon menggunakan teknologi Matrix metering dan iTTL so flash diemit berdasarkan jarak subjek dan nisbah kecerahan background dan subjek, bukan macam teknologi lama, just berdasarkan kecerahan subjek. Kalau Canon sekarang pun dah maju cuma tidak tepat macam Nikon lagi.
Siri Kamera – Canon & Nikon?
Canon :
1. Top Series : Siri 1D, 1Ds, 5D (nak kenal siri ni kene tgk no siri yang ada satu digit sahaja. Yang ada “s” tu adalah tahap paling tinggi iaitu megapixel paling tinggi. Lepas tu kalau ada tulis tanda “Mark x” tu adalah menandakan dalam kamera generation ke berapa dalam sesuatu siri digit tu. Contohnya EOS 1Ds Mark III, tu menandakan generasi ke-3 utk siri EOS 1Ds).
2. Mid Series : Siri 10D, 20D, 30D, 40D, 50D (siri ni dikenali dengan nombor 2 digit)
3. Entry Level Series : 350D, 400D, 500D, 1000D (siri ni dikenali dengan nombor 3 & 4  digit)
4. Huruf D kat hujung tu menandakan tu adalah Digital, kalau xde maksudnye kamera filem..

Nikon :
1. Top Series : Siri D1, D2, D2x, D2H, D3, D3x, (siri ni dikenali dengan nombor 1 digit, huruf “x” “H” tu melambangkan high speed, biasanya apply utk kamera model sebelum ni, skarang dah xde siri H dah sbb sume laju. )
2. Mid Series : Siri D100, D200, D300, D700 (siri ni dikenali dengan nombor 3 digit, setakat ni just D700 ada sensor full frame)
3. Entry Level Series : Siri D40, D40x, D50, D69, D70, D70s, D80, D90 (siri ni dikenali dengan nombor 2 digit. “x” bermaksud version yang sama dengan siri yang sama cuma berbeza dari segi saiz gambar yang lebih besar.)

Kenapa DSLR
Sebab setiap DSLR dari sebarang brand ada banyak aksesori-aksesori tambahan macam lens, flash, lens hood, battery pack, sync cord, remote control dan sebagainya. Tetapi kamera dari brand yang berlainan tidak boleh guna aksesori yang berlainan. So amat penting membuat penilaian sebelum membeli untuk kali pertama. Sebab bila sudah membeli kamera dari brand A, memang semua aksesori kena beli yang brand A, tidak boleh pakai dari brand lain seperti brand B. Pendek kata bila dah beli produk dari brand A kita kena stick to that brand for many years, tak boleh tukar-tukar sebab akan berlaku pembaziran.

1 comment: